Thursday 8 March 2012

Cincin Dengan Nilai Mahar RM688

Kelebihan Pakej RM688

1) Servis pertemuan untuk pilih batu permata, ukur jari pelanggan & selepas tempahan siap, cincin di hantar 'by hand' kepada pemilik cincin.

2) Pengisian khasiat untuk empunya cincin, nama penuh & nama ibu akan diambil.

3) Cincin boleh diwarisi. 


Terma Bayaran Mahar: 

1) Bayaran boleh dibuat 2 kali. Deposit 51% dari RM688 (RM350.88) selepas CONFIRM pilih batu & ukur jari untuk tempahan. Bayaran secara tunai, cek atau kad kredit diterima.

 2) Tempahan biasanya akan siap dalam masa 2-3 minggu. Kemudian kami akan hantar untuk pengisian khasiat. Oleh itu, biasanya bayaran kedua pasti akan berlaku pada bulan berikutnya.

3) Bayaran baki 49% (RM337. 12) selepas penghantaran cincin. Hanya bayaran secara tunai & kad kredit dibenarkan.


Soalan yang sering di tanya:

1) Bagaimana kalau cincin yang saya terima nanti hanya kaca (bukan permata) & tiada khasiat (tiada isi)?
Selepas serahan produk, anda boleh rujuk mereka yang arif tentang batu permata & pengisian cincin. Jika mereka mengatakan produk kami palsu, kami akan memberikan jaminan wang dikembalikan secara penuh (100%) kepada anda dengan syarat cincin itu tidak cacat & tiada kesan-kesan jatuh, pecah atau rosak. 

2) Saya nak ikut trip pengisian cincin tu boleh tak?
Maaf, anda tidak dibenarkan untuk ikuti rombongan kami. Tetapi anda boleh rujuk bijak pandai selepas cincin anda siap bagi memastikan perkhidmatan kami telus mahupun tidak.

3) Lamanya, 3 minggu baru siap! Saya nak cepat boleh tak?
Boleh, tapi anda perlu buat bayaran tambahan untuk tukang ikat cincin kami memberikan perhatian istimewa kepada pesanan anda.


4) Ini semua tahyul, berdosa percaya pada batu, ini menyekutukan Allah & merosakkan akidah! 
Tiada sesiapa yg menyekutukan Allah di sini. Semuanya dengan izin & kehendak Allah juga.

Rawatan secara batu permata atau kristal ini berkait rapat dengan kaedah memulihkan aura & triggering minda separa sedar manusia sahaja. Setiap manusia ada aura tersendiri  & kadang kala aura menjadi rapuh ketika seseorang jatuh sakit, hilang keyakinan & motivasi diri dll.

Sebelum wujudnya tahyul bahawa dadah mampu mengubati segala penyakit, manusia menggunakan kaedah alternatif sebagai cara merawat penyakit. Contoh paling mudah, manusia kini percaya bahawa panadol/paracetamol mampu mengubati sakit kepala atau demam, tidakkah mereka sedar bahawa yang mengubati penyakit mereka adalah Allah & di atas izin Allah jua???? Secara halus, org barat telah memesongkan akidah ramai manusia..!

Sebab tu, setiap pembeli/pemilik cincin, akan kami bekalkan potongan ayat suci Al-Quran & zikir supaya memperingatkan mereka bahawa Allah yang memberi rezeki & segala pengetahuan, bukan makhluk! Yakin apabila berjumpa pelanggan, Allah ada bersama anda. Ini akan membuatkan anda sentiasa positif apabila berhadapan dengan pelanggan. Cuba bawa masalah rumahtangga, masalah sakit, masalah kegagalan anda semalam ketika present produk atau servis anda, secara anda tidak sedar, pelanggan anda itu akan turut merasai aura negatif yg anda bawa. Nescaya, selepas presentation, anda tidak akan dapat close prospek tersebut.

Itulah pentingnya aura dibetulkan supaya sentiasa positif, terutamanya mereka yang berniaga, sales & marketing people & mereka yang terlibat dengan politik. Pemilihan kristal yg betul, inshaAllah mampu memulihkan aura si pemakai. Ada setengah orang suka merawat aura dengan menghadiri kelas motivasi, ada yg amalkan zikir, ada sesetengah menghadiri kelas reiki dll. Tiada unsur ilmu hitam atau sihir yang diamalkan di sini.

Tidakkah anda yakin bahawa ALLAH menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia & ada hikmahnya???